Saturday 17 December 2011

~YA ALLAH~

Ya Allah ya Tuhan kami, 
apalah kiranya akan Engkau lakukan pada petang, 
saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina, 
yang mengaku berdosa dan bersalah, 
yang merayu kepadaMu ya Allah di atas segala kejahatannya, 
yang bertaubat kepadaMu kerana kedosaannya, 
yang memohon keampunanMu kerana kezalimannya, 
yang mengharapkan kemaafanMu ya Allah di atas segala kesilapannya, 
yang merayu kepadaMu supaya tercapai segala hajatnya, 
yang mengharapkan kelimpahan rahmatMu, 
walaupun dengan dosa yang sebegitu banyak laksana buih di lautan

No comments:

Post a Comment