Wednesday 28 December 2011

'kun fayakun'

'kun fayakun'

Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Walau berliku berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga. Begitu juga hidup ini. Ada naik, ada turunnya. Sehebat mana kita merancang pun... destinasi akhirnya telah ditulis awal-awal lagi olehNya.

Ya Allah....
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku dan mereka,
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkanku dan mereka sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat....
Menjuruskan aku dan mereka kearah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku dan mereka seorang pasangan yang beriman....
Supaya aku,kamu dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup....
Dan kurniakanlah padaku dan mereka keturunan yang soleh.

Amin....Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment