Friday 16 December 2011

❤¸¸.•* KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH *•.¸¸¸❤




❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

No comments:

Post a Comment