Saturday, 17 December 2011

●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●
╰✿╮Bercinta Kerana ALLAH S.W.T.╰✿╮
●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●

╰❤╮Muawiyah Ibnu Suwaid ibnu Maqrun meriwayatkan bahawa Barra' ibnu Azib berkata, suatu hari kami duduk bersila bersama Rasulullah صلى الله عليه و سلم . Penghulu Nabi-NYA ini berkata kepada kami:

"Tahukah kamu apa sesungguhnya tali pengikat Imaan yang paling kukuh? Kami menjawab: Solat. Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: "Jawapan yang bagus. Tetapi, itu bukan jawapan yang tepat." Kami menjawab: Puasa. Rasulullah صلى الله عليه و سلم berkata seperti sebelumnya. Ketika kami menjawab, berjihad, Rasulullah صلى الله عليه و سلم juga tetap mengatakan seperti sebelumnya. Rasulullah صلى الله عليه و سلم kemudian bersabda: "Sesungguhnya tali pengikat Imaan yang paling kukuh ialah cinta kerana ALLAH SWT dan marah kerana ALLAH SWT."

[Riwayat Imam Ahmad]


╰❤╮Ibnu Barra' al-Abadi dalam kitab ar-Raudah berkata riwayat dari Ibnu Darda', dia berkata: "Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH SWT, meski terpisah jarak dan waktu, nescaya ALLAH SWT akan mencintai keduanya. Dan orang yang lebih banyak (utuh) cintanya kepada ALLAH SWT, dialah yang lebih banyak (utuh) cintanya kepada temannya."

[Diriwayatkan ad-Duruqtuni dalam kitab al-Mabda']


╰✿╮Amru Ibnu Maimun berkata, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: "Seseorang yang ingin mendapatkan kesenangan rasa ni'mat Imaan, maka hendaklah dia mencintai seseorang semata-mata kerana ALLAH SWT."

[Riwayat Imam Ahmad]


╰✿╮Abu Hazim berkata, Abu Said berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH SWT, kamar-kamar mereka di Syurga terlihat seperti gemerlap bintang-bintang yang terbit di bahagian timur (pagi) dan barat (petang). Para penghuni Syurga bertanya: 'Siapa sesungguhnya para penghuni kamar-kamar yang penuh gemerlap itu?' Dijawab: 'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH SWT.'"

[Riwayat Ahmad]


╰✿╮Luqman al-Hakim menasihati anaknya: "Wahai anakku, cintailah sesama insan semata-mata kerana ALLAH. Marahlah kerana ALLAH. Dan jangan menipu (memperdaya) penduduk bumi."

Ahir kalam,

╰✿╮Kembangkanlah ketulusan mencintai sesama insan dan makhluk ALLAH SWT semata-mata demi menggapai redha-NYA. Landasi cintamu kepadaNYA. Pasti cinta yang diterjemahkan dalam apa saja tindakan akan berbuah syurga ALLAH SWT dan mampu meraih cinta serta kasih-NYA. ^_^

(¯`♥´¯) إني أحبك في الله (¯`♥´¯)

♥ █ █ ♥ .... سبحان الله
█▄▄▄█ ... لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ —

No comments:

Post a Comment