Wednesday, 7 December 2011

~jangan bersedih,tetapi tersenyumlah~

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

SENYUM SEINDAH SURIA -^.^

No comments:

Post a Comment